5.5.08

Mengenal Huruf, Perkataan, Benda Untuk Kanak-kanak

Kehidupan hari ini sudah semakin mencabar dan ramai yang ingin memberikan pendidikan yang awal kepada anak-anak mereka. Walaupun begitu mungkin agak sukar untuk mencari bahan yang sesuai untuk kanak-kanak di internet.

KindersayJika anda mencari sesuatu untuk membantu anak anda mengenal huruf, perkataan ataupun benda di dalam Bahasa Inggeris mungkin laman web Kindersay boleh membantu. Laman web ini akan menunjukkan gambar yang berkenaan dan menyebutnya iaitu secara video dan audio.

Di antara gambar dan sebutan yang disediakan adalah huruf a, b, c sehingga z, gambar berkaitan binatang, seni, makanan, anggota badan, kenderaan dan banyak lagi. Bahasa isyarat juga ada ditunjukkan untuk beberapa objek yang biasa berada di sekeliling kita. Semua ini boleh digunakan secara percuma dan tidak perlu mendaftarkan diri.

Jika mendaftarkan diri, anda akan diberi lebih banyak pilihan untuk digunakan. Di samping itu anda boleh juga upload gambar-gambar anda sendiri serta membuat rakaman suara. Ini terutamanya sesuai untuk menunjukkan gambar-gambar benda yang biasa dengan anak kita atau foto kaum keluarga sendiri.

Jika anda ada anak yang masih belum bersekolah bolehlah mencubanya bersama-sama sekeluarga di Kindersay.

Technorati Tags: , , , , ,

1.5.08

Domain Percuma

Dewasa ini berbagai perkhidmatan percuma yang ditawarkan di internet. Salah satu daripadanya adalah nama domain yang disediakan oleh CO.CC. Di sini anda boleh menggunakan nama subdomain dalam format namapilihan.co.cc.

Di CO.CC terdapat dua jenis pendaftaran iaitu percuma dan berbayar. Anda boleh memeriksa samada nama pilihan anda itu masih belum digunakan dan boleh didaftarkan secara percuma jika ianya bukan nama premium. Setiap pengguna hanya dibenarkan mendaftarkan hanya tiga subdomain sahaja.

Apa yang menarik di CO.CC ini adalah khidmat tambahan yang ditawarkan untuk nama pilihan yang telah didaftarkan. Pengurusan subdomain tersebut dibahagi kepada tiga pilihan iaitu samada menggunakan name servers, menggunakan zone records iaitu A,MX,NS dan CNAME atau yang terakhir sebagai url forwarding sahaja.

Apabila mempunyai kawalan terhadap rekod DNS maka bolehlah menggunakan namapilihan.co.cc dengan Google Apps, Window Live, Blogger, Wordpress, Zetaboards, Tistory atau Roxer.

CO.CC:Free Domain

Technorati Tags: , , , ,

14.2.08

Kad Ucapan Percuma

Bilakah kali terakhir anda menghantar kad ucapan? Bukannya e-kad yang dikirim melalui email. tetapi kad ucapan yang sebenar yang perlu menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk disampaikan. Jika anda menjawab dah lama dah tak hantar sebarang kad ucapan kerana tidak berkesempatan, kini sudah ada jalan penyelesaiannya.

Enveluv - Kad Ucapan PercumaKini dengan hanya duduk di depan komputer anda boleh menghantar kad ucapan sebenar kepada sesiapa sahaja. Walaupun begitu perkhidmatan yang disediakan hanyalah untuk alamat di dalam Malaysia sahaja. Bagaimana jika anda tidak tahu alamat rumah atau pejabat sipenerima? Jangan bimbang kerana anda boleh meletakkan alamat email sipenerima dan pihak penyedia perkhidmatan ini akan meminta alamat bakal penerima kad berkenaan. Lagi mudah kalau anda sendiri yang tanya alamat sipenerima tersebut.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini mudah sahaja. Anda hanya perlu mendaftar, pilih kad, tulis pesanan, beri alamat sipenerima atau emailnya dan kad anda akan diproses untuk penghantaran. Buat masa ini pilihan kad adalah terhad tetapi sudah pasti akan ditambah di masa akan datang.

Penyedia perkhidmatan ini adalah dari Malaysia dan ada kemungkinan ini adalah perkhidmatan yang pertama seumpamanya di dunia. Jadi jika berminat hendak mencubanya silalah ke Enveluv.

Technorati Tags: , , , ,

10.2.08

Nada Dering Percuma

Sekarang ini hampir semua orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Malah kanak-kanak sekolah rendah juga sudah dilihat membawa telefon bimbit ke sekolah. Ada dua cara untuk mengetahui bila ada orang menghubungi anda di telefon bimbit iaitu apabila telefon berdering dan apabila telefon bergetar.

Teknologi terkini telah membawa nada dering dari monotone ke polyphonic dan sekarang truetone. Melalui truetone pelbagai nada dering boleh dihasilkan dan ini menyebabkan pengguna telefon bimbit cuba mendapatkan nada dering yang unik untuk telefon bimbit mereka.

Nada dering ini boleh diperolehi dengan memuat-turunnya dari penyedia perkhidmatan berkenaan dengan bayaran yang tertentu. Walaupun begitu ada juga beberapa laman web yang menawarkan nada dering secara percuma. Anda cuma perlu bayar kos menggunakan internet sahaja.

Nada dering percuma dalam format mp3 ini boleh dimuat-turun dari laman web mjelly. Anda boleh juga terus memasuki laman web ini menggunakan telefon bimbit anda di http://m.mjelly.com/. Nada dering ini boleh didengar dahulu sebelum dimuat-turun ke telefon bimbit anda. Kalau nada dering telefon bimbit sudah lama tidak bertukar, cubalah cari sesuatu yang menarik di mjelly.

Technorati Tags: , , , ,

5.2.08

Webhosting Percuma

Sebelum ini saya ada menceritakan tentang cara membuat laman web secara mudah dan percuma di Roxer. Bagaimana pula jika anda baru nak mencuba hosting sendiri? Tentu anda tidak mahu membayar sesuatu yang anda tidak pasti. Oleh itu anda boleh mencuba tawaran webhosting secara percuma sebelum berpindah kepada yang berbayar.

Saya telah berjumpa dengan tiga laman web yang menawarkan webhosting secara percuma iaitu di 000webhost, gigacities dan newsit.es. Secara ringkasnya berikut adalah kemudahan yang ditawarkan oleh ketiga-tiga pemberi perkhidmatan tersebut;

000webhost
Free Web Hosting
250 MB of Disk Space
100 GB Bandwidth!
Host your own domain
Free our subdomain.
cPanel Powered Hosting
Host unlimited domains
Unlimited physical cPanel accounts
Over 500 website templates
Free POP3 Email Box
Unrestricted POP3 email
Webmail access
FTP and Web based File Manager access
Unrestricted PHP with MySQL

gigacities
20 Gb of free web space
300 Gb bandwith
Php5, SQL support
Pre-installed scripts
Incredible support
Powerful server network
No forced ads
Free web statistics (awstats)
Good neighborhood
Instant activation
Add your own domain

newsit.es
20 GB Web Space
Intel Xeon Servers: 15 GHZ Quad Core Servers
PHP 5
FTP: With CHMOD enabled
Live support
Your Own Domain
300GB Bandwidth
MySQL 5: 5 Databases Per User
99.5% Uptime
No Pop-Ups or SPAM

Jadi terpulanglah yang mana sesuai dengan keperluan anda. Atau anda boleh juga mencuba ketiga-tiga pemberi webhosting percuma di atas untuk mengenalpasti mana yang lebih stabil dan boleh diharap.

Technorati Tags: , , , ,