30.3.07

Pembersih Komputer

CCleaerIni bukan pembersih untuk menghilangkan habuk-habuk di belakang monitor atau CPU tetapi sebenarnya membuang data-data yang tidak diperlukan di dalam hard disk. Segala fail dan data yang tidak perlukan biasanya akan terus bertambah di dalam hard disk terutamanya fail-fail sementara internet. Ini boleh menjejaskan prestasi komputer anda. Oleh itu memang digalakkan untuk memeriksa hard disk komputer seberapa kerap yang boleh.

Di internet terdapat banyak perisian yang boleh di muat turun untuk melakukan kerja ini, salah satu daripadanya ialah CCleaner. Perisian freeware ini akan membuang semua fail-fail yang tidak diperlukan dari komputer. Ini membantu meningkatkan ruangan hard disk dan membolehkan komputer berfungsi dengan lebih pantas. Di samping itu ianya juga boleh memadamkan jejak penggunaan internet di komputer anda.

Registry komputer anda juga boleh dibersihkan oleh CCleaner ini supaya ianya boleh berfungsi dengan lebih baik lagi. Biasanya apabila kita uninstall sebarang perisian daripada komputer kita pasti ada beberapa fail yang tertinggal walaupun tidak diperlukan lagi. Fail-fail inilah yang akan dibuang oleh CCleaner.

Jika berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk memuat turun perisian ini sila ke CCleaner Download

Technorati Tags: , , , ,

0 ulasan: