YPOPs adalah satu aplikasi yang menyediakan capaian POP3 dan SMTP untuk Yahoo Mail. Capaian POP3 sebenarnya ada disediakan jika kita melanggan Yahoo Mail Plus dengan yuran tahunan lebih kurang USD20.00 setahun. Sementara itu YPOPs ini pula adalah percuma. Apabila menggunakan YPOPs ini kita boleh meggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Outlook. Di antaranya kita boleh tentukan beberapa kerap Outlook memeriksa emel kita dan kita boleh membaca emel dari Yahoo walaupun tidak online kerana semua emel telah dimuat-turun dalam Outlook.
Perisian ini boleh juga digunakan dengan Thunderbird.
Tags: shaztraz, email, yahoo, pop3, perisian
0 ulasan:
Catat Ulasan