Online Phone Data Storage - ShazTraz Digital Point

29.9.07

Online Phone Data Storage

ZYB.comDewasa ini hampir semua orang mempunyai telefon bimbit malah murid sekolah rendah pun ada yang memilikinya. Satu masa dahulu telefon bimbit dilihat sebagai satu barangan mewah tetapi sekarang ianya menjadi satu keperluan. Telefon bimbit juga bukan sahaja digunakan untuk menerima dan membuat panggilan telefon tetapi berbagai maklumat disimpan di dalamnya.

Bayangkan jika telefon bimbit kita hilang atau maklumat yang tersimpan di dalamnya rosak. Sudah pasti kehidupan kita akan terjejas sedikit. Masalah ini dapat diatasi jika kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh ZYB. ZYB membolehkan kita menyimpan semua maklumat dalam telefon bimbit kita melalui internet.

Nama, alamat, nombor telefon, emel, gambar, sms, kalendar dan lain-lain boleh disimpan di ZYB. ZYB juga boleh membantu anda berhubung dengan orang yang anda kenal dan memastikan anda sentiasa mempunyai maklumat terkini untuk dihubungi. Asalkan mereka juga menggunakan ZYB dan membenarkan anda mendapatkan telefon bimbit mereka.

Maklumat di telefon bimbit dan di akaun ZYB anda boleh diselaraskan pada bila-bila masa dengan capaian internet di telefon bimbit anda. Semua maklumat di akaun ZYB ini dengan mudahnya boleh dimasukkan ke telefon lain yang anda benarkan. Ini bermakna jika telefon bimbit anda hilang, maklumat di dalam telefon bimbit tidak hilang.

Semua perkhidmatan asas ZYB boleh digunakan dengan percuma dan sila rujuk laman web ZYB untuk maklumat lanjut.

Tags: , , , ,

0 ulasan: