Sebelum ini ada diceritakan tentang kemudahan menghantar sms percuma melalui Mobik.com dan selama menggunakan perkhidmatan Mobik.com ini hampir kesemua sms berjaya dihantar.
Satu lagi perkhidmatan sms percuma di internet yang boleh dicuba ialah yang disediakan oleh Maxis Hotlink. Sesiapa sahaja yang mempunyai telefon bimbit boleh mendaftar walaupun bukan menggunakan talian 012, 017 atau 0142 tetapi memandangkan perkhidmatan ini dikendalikan oleh Maxis Hotlink, sms hanya boleh dihantar kepada pengguna talian Maxis Hotlink sahaja.
Setelah mendaftar, kita cuma boleh menghantar 3 sms percuma sahaja sehari. Walaubagaimanapun jika sms yang dihantar itu dibalas, satu sms percuma lagi akan diberi. Ini bermakna jika setiap sms dihantar itu dibalas, tiada had yang dikenakan. Apa yang menarik tentang perkhidmatan ini ialah sms yang dibalas itu akan dipaparkan di internet bukan di telefon bimbit yang didaftar.Jika berminat untuk mengetahui atau mencubanya sila pergi ke Maxis WebSMS.
Tags: shaztraz, maxis, hotlink, websms, sms percuma
0 ulasan:
Catat Ulasan