30.3.07

Pembersih Komputer

CCleaerIni bukan pembersih untuk menghilangkan habuk-habuk di belakang monitor atau CPU tetapi sebenarnya membuang data-data yang tidak diperlukan di dalam hard disk. Segala fail dan data yang tidak perlukan biasanya akan terus bertambah di dalam hard disk terutamanya fail-fail sementara internet. Ini boleh menjejaskan prestasi komputer anda. Oleh itu memang digalakkan untuk memeriksa hard disk komputer seberapa kerap yang boleh.

Di internet terdapat banyak perisian yang boleh di muat turun untuk melakukan kerja ini, salah satu daripadanya ialah CCleaner. Perisian freeware ini akan membuang semua fail-fail yang tidak diperlukan dari komputer. Ini membantu meningkatkan ruangan hard disk dan membolehkan komputer berfungsi dengan lebih pantas. Di samping itu ianya juga boleh memadamkan jejak penggunaan internet di komputer anda.

Registry komputer anda juga boleh dibersihkan oleh CCleaner ini supaya ianya boleh berfungsi dengan lebih baik lagi. Biasanya apabila kita uninstall sebarang perisian daripada komputer kita pasti ada beberapa fail yang tertinggal walaupun tidak diperlukan lagi. Fail-fail inilah yang akan dibuang oleh CCleaner.

Jika berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk memuat turun perisian ini sila ke CCleaner Download

Technorati Tags: , , , ,

26.3.07

Evoca


Evoca merupakan satu perkhidmatan untuk sesiapa sahaja dengan mudah membuat, mengurus dan mencari rakaman suara di internet. Ianya boleh dibuat dengan menggunakan telefon, mikrofon di komputer, Skype™ atau upload rakaman yang sedia ada.

Di antara kemudahan yang disediakan adalah EvocaMic™ dimana kita boleh membuat rakaman terus ke dalam akaun sendiri dengan menggunakan mikrofon di komputer. Boleh juga upload semua rakaman yang dibuat dalam format mp3 dan wav.

Rakaman suara ini juga boleh diletakkan di laman blog atau web supaya boleh didengar oleh para pengunjung. Kita juga boleh menyediakan kemudahan EvocaMic di laman blog atau web untuk pengunjung memberi sebarang komen dalam bentuk suara. Anda boleh cuba memberi komen tentang blog ini di EvocaMic yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut tentang kemudahan rakaman suara ini sila ke laman web Evoca.

Technorati Tags: , , , ,

21.3.07

Kunci Thumb Drive

Satu masa dahulu floppy drive yang bergarispusat 5 inci kemudian disket 3.5 inci merupakan media yang digunakan untuk membawa atau memindahkan data. Kini penggunaan thumb drive yang lebih mudah dengan kapasiti yang lebih besar sudah menjadi kebiasaan. Walaupun ianya boleh menyimpan data berkali ganda dari floppy dan disk drive, saiznya kecil sahaja. Kebarangkalian untuk tercicir atau hilang juga bertambah.

Untuk keselamatan data yang terdapat dalam thumb drive, kita boleh menggunakan thumb drive yang mempunyai kemudahan biometrik. Ini membolehkan kita mengunci thumb drive dengan menggunakan ibu jari. Walaupun begitu harganya dua atau tiga kali ganda daripada thumb drive biasa.

Jika kita mempunyai thumb drive yang biasa kita masih boleh mengunci data yang terdapat dalamnya. Terdapat beberapa perisian yang boleh membantu mengunci thumb drive dan salah satu daripadanya ialah USB Vault.

Selepas memuat turun perisian ini di komputer, kita perlu memasang perisian ini di thumb drive dan berikan katalaluan yang khas untuk thumb drive tersebut. Apabila hendak memindahkan fail ke thumb drive yang berkenaan terdapat dua pilihan iaitu samada hendak dikunci atau tidak. Jika tidak hendak dikunci, fail itu bolehlah disalin secara biasa tetapi jika hendak dikunci, fail itu perlu dibawa dan dilepaskan di ikon desktop USB Vault dan secara automatik fail itu akan disalin dan dikunci. Apabila fail itu nak dibuka, barulah katalaluan yang diberikan pada awal tadi perlu dimasukkan.

Untuk mendapatkan perisian ini sila ke laman web www.usbvault.com

Technorati Tags: , , , ,

20.3.07

Truphone

Panggilan telefon bimbit secara percuma? Memang benar dengan menggunakan khidmat Truphone ini ianya percuma. Truphone merupakan satu perisian yang membolehkan VoIP digunakan melalui telefon bimbit. Teknologi VoIP memberi alternatif kepada pengguna untuk membuat panggilan secara percuma atau pada kadar yang amat minima.

Panggilan telefon bimbit yang mengunakan Truphone akan disalurkan melalui rangkaian internet dan bukannya melalui pembekal perkhidmatan. Perlu diingatkan bahawa hanya beberapa telefon bimbit tertentu sahaja boleh mengunakan khidmat ini. Pada asasnya telefon bimbit berkenaan perlulah mempunyai fungsi WiFi.

Untuk maklumat lanjut kunjungi laman web Truphone.

Technorati Tags: , , ,

19.3.07

CeBIT

CeBIT merupakan pameran perdagangan yang terbesar di dunia merangkumi digital IT dan penyelesaian telekomunikasi untuk persekitaran rumah dan kerja. Kumpulan sasaran yang utama adalah pengguna daripada industri, sektor borong/runcit, dagangan mahir, bank, sektor perkhidmatan, agensi kerajaan, sains dan semua pengguna teknologi.

Semenjak 1986 Deutsche Messe AG telah mengendalikan CeBIT di Hannover setiap tahun. Pada tahun 2006 telah menyaksikan seramai lebih 6,200 peserta pameran dari kira-kira 70 negara dan 430,000 pelawat dari seluruh dunia telah hadir.

Tahun ini CeBIT 2007 sedang berlangsung dari 15 - 21 Mac di Hannover. Pada tiga hari pertama lebih 200,000 pelawat telah mengunjungi pameran. Lebih daripada 6,100 peserta pameran dari 77 negara terlibat dalam CeBIT 2007.

Technorati Tags: , , ,