29.9.07

Online Phone Data Storage

ZYB.comDewasa ini hampir semua orang mempunyai telefon bimbit malah murid sekolah rendah pun ada yang memilikinya. Satu masa dahulu telefon bimbit dilihat sebagai satu barangan mewah tetapi sekarang ianya menjadi satu keperluan. Telefon bimbit juga bukan sahaja digunakan untuk menerima dan membuat panggilan telefon tetapi berbagai maklumat disimpan di dalamnya.

Bayangkan jika telefon bimbit kita hilang atau maklumat yang tersimpan di dalamnya rosak. Sudah pasti kehidupan kita akan terjejas sedikit. Masalah ini dapat diatasi jika kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh ZYB. ZYB membolehkan kita menyimpan semua maklumat dalam telefon bimbit kita melalui internet.

Nama, alamat, nombor telefon, emel, gambar, sms, kalendar dan lain-lain boleh disimpan di ZYB. ZYB juga boleh membantu anda berhubung dengan orang yang anda kenal dan memastikan anda sentiasa mempunyai maklumat terkini untuk dihubungi. Asalkan mereka juga menggunakan ZYB dan membenarkan anda mendapatkan telefon bimbit mereka.

Maklumat di telefon bimbit dan di akaun ZYB anda boleh diselaraskan pada bila-bila masa dengan capaian internet di telefon bimbit anda. Semua maklumat di akaun ZYB ini dengan mudahnya boleh dimasukkan ke telefon lain yang anda benarkan. Ini bermakna jika telefon bimbit anda hilang, maklumat di dalam telefon bimbit tidak hilang.

Semua perkhidmatan asas ZYB boleh digunakan dengan percuma dan sila rujuk laman web ZYB untuk maklumat lanjut.

Tags: , , , ,

28.9.07

Online Safe Deposit Box

Anda mempunyai peti besi di rumah atau melanggan melanggan peti simpanan di bank. Selain wang, peti ini boleh digunakan untuk menyimpan barangan atau dokumen yang berharga. Bagaimana pula jika ada peti simpanan di internet?

Di laman web keepyousafe.com ada menyediakan Online Safe Deposit Box. Di samping itu laman web ini memberi perkhidmatan Secure Email dan Secure File Send. Ini membolehkan anda menyimpan dan melindungi data peribadi anda yang paling penting di sini dan menghantar emel dan dokumen secara selamat melalui internet.

Di antara yang boleh disimpan di dalam peti keselamatan ini ialah maklumat yang terdapat dalam dompet seperti nombor kad kredit, maklumat passpot dan lesen memandu, maklumat polisi insuran dan isi rumah, gambar dan rekod keluarga dan sudah tentu berbagai kata laluan yang digunakan.

Penggunaan Online Safe Deposit, Secure File Send dan Secure Email adalah percuma. Walaupun begitu ini cuma untuk lebih kurang 10 fail sahaja. Jika anda memerlukan lebih ruang, bayaran sebanyak USD4 sebulan dikenakan bagi penyimpanan 500 megs ruang fail dan 500 fail maklumat dalam bentuk teks.

Berminat? Kunjungilah keepyousafe.com.

Tags: , , ,

27.9.07

Free Mobile Internet Calls and Chat

Inginkah anda membuat panggilan telefon dan ber'chatting' secara percuma dari telefon bimbit anda? Walaupun begitu ini hanya sesuai untuk mereka yang melanggan 'unlimited data plan' untuk talian telefon bimbit anda. Bagi mereka yang menggunakan 'pay as you use' ianya akan melibatkan kos tambahan.

Perkhidmatan yang saya maksudkan adalah fring. fring merupakan satu aplikasi VoIP mudahalih yang membolehkan kita membuat panggilan telefon bimbit dan ber'chatting' dengan pengguna fring yang lain atau pengguna komputer yang mempunyai perkhidmatan Skpe, Google Talk, ICQ, MSN Messenger dan Twitter. Perkhidmatan ini adalah percuma apabila digunakan bersama unlimited data plan anda.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, kita perlu mendaftar dan memuat-turun perisian fring ke telefon bimbit. Kalau berminat ingin mencuba sila pergi ke laman web fring.

Tags: , , , ,

19.9.07

Online Mind Mapping

Apabila menyebut 'brainstorming' atau 'mind mapping' biasanya kita akan memulakannya dengan mencatatkan idea utama di sekeping kertas dan melukis bulatan di sekelilingnya. Selepas itu kita akan menggariskan cabang idea-idea sokongan di sekeliling idea utama tadi. Ini akan menghasilkan satu gambarajah bentuk bebas. Proses ini ada diterangkan dengan lebih jelas di Wikipedia.

Kini bubbl.us menyediakan satu kemudahan untuk melakukan semua ini secara 'online' dan percuma. Kita boleh membuat peta minda yang mudah atau kompleks dan ianya boleh disimpan, dicetak, dikongsi dengan rakan-rakan atau menyiarkannya di laman web untuk tatapan semua.

Kemudahan ini amat berguna khususnya kepada para pelajar dan mereka yang selalu melakukan proses 'brainstorming'. Tambahan lagi bubbl.us ini amat mudah digunakan dan dikongsi cuma pastikan komputer kita mempunyai Macromedia/Adobe Flash.

Tags: , , , ,

18.9.07

Emel Yahoo Di Outlook

Saya telah bercerita tentang memeriksa emel Yahoo, Gmail dan Hotmail dengan menggunakan telefon bimbit di Emel Di Telefon Bimbit. Kali ini saya ingin memperkenalkan pula perisian YPOPs! yang boleh dimuat-turun secara percuma.

YPOPs adalah satu aplikasi yang menyediakan capaian POP3 dan SMTP untuk Yahoo Mail. Capaian POP3 sebenarnya ada disediakan jika kita melanggan Yahoo Mail Plus dengan yuran tahunan lebih kurang USD20.00 setahun. Sementara itu YPOPs ini pula adalah percuma.

Apabila menggunakan YPOPs ini kita boleh meggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Outlook. Di antaranya kita boleh tentukan beberapa kerap Outlook memeriksa emel kita dan kita boleh membaca emel dari Yahoo walaupun tidak online kerana semua emel telah dimuat-turun dalam Outlook.

Perisian ini boleh juga digunakan dengan Thunderbird.

Tags: , , , ,

17.9.07

Emel Di Telefon Bimbit

Sekarang ini hampir semua orang telah mempunyai kemudahan emel sama seperti telefon bimbit. Selama ini apabila hendak menghantar atau memeriksa emel baru kita mesti menggunakan komputer. Jika kita ada telefon bimbit yang mempunyai kemudahan memeriksa emel pun, jarang digunakan kerana susah untuk menggunakannya.

Walaupun begitu jika telefon bimbit kita mempunyai kemudahan untuk melayari internet, kita boleh boleh menggunakan emel di telefon bimbit dengan lebih mudah. Tiga emel utama percuma iaitu Yahoo Mail, Gmail dan Hotmail ada menyediakan perkhidmatan untuk memeriksa emel melalui telefon bimbit. Apa yang diperlu dilakukan ialah dengan melayari lawan web yang dikhaskan untuk telefon bimbit seperti berikut;

Yahoo Mail - m.yahoo.com
Gmail - m.gmail.com
Hotmail - mobile.msn.com

Kemudahan ini dapat menyelesaikan masalah untuk menghantar dan menerima emel walaupun tidak berada di depan komputer.

Tags: , , , , ,