
Berbagai cara boleh digunakan untuk membangunkan sesebuah laman web tetapi biasanya ianya akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Masalah paling utama ialah ialah untuk menyusun atur teks, grafik dan gambar di laman web tersebut.
Kini ada sebuah laman web yang menawarkan perkhidmatan membangunkan laman web secara mudah, ringkas dan cepat. Ini tentu dapat membantu mereka yang tidak mempunyai laman web sendiri untuk membina laman statik untuk mempaparkan resume, maklumat perniagaan, risalah dan seumpamanya di internet. Laman web yang dimaksud ini adalah

Di sini anda hanya perlu mendaftar dan memilih alamat url yang dikehendaki iaitu namapilihan.rexor.com. Roxer menggunakan konsep kotak di mana semua kandungan di dalam laman web tersebut diletakkan di dalam kotak-kotak yang berlainan. Ada kotak untuk teks, gambar, video, komen, grafik dan sebagainya. Saiz, kedudukan dan susun atur kotak-kotak ini boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna dengan hanya menggunakan tetikus sahaja.
Untuk memahami dan mencuba konsep membangunkan laman web cara yang mudah ini, bolehlah layari laman web Roxer. Setakat ini ianya percuma dan masih dalam peringkat Beta. Saya sendiri sedang mencuba menggunakannya dan boleh melihat laman web saya yang masih dalam proses pembinaan di shaztraz.roxer.com.
Technorati Tags: shaztraz, roxer, laman web, percuma, mudah
5 ulasan:
Kat Malaysia ni pun ada online web builder: www.artisthabitat.com dan www.riledz.com , sistem dorang pun canggih gak...
mat dollah,
Terima kasih dengan maklumat ini, saya pasti akan menjengok laman web tersebut
Dari pengalaman Kak Yati memang kita selalu cari yang free untuk belajar. Tapi puas jugalah try and error penat juga.
Tapi sekarang ni Kak Yati dah jumpa yang berbayar tapi berbaloi. Kalau takat RM50 setahun tapi you really can enjoy building your own website, interactive lagi. Minat! Cuba surf www.khaisya.dbizworld.biz
Kalau nak build website dengan cara yang murah, senang dan berbaloi.. sy cadangkan gunalah hosting senanghosting.com sebab server dia dekat malaysia. Laju pantas dan cepat untuk access dari malaysia.
Web hosting serendah RM 10. di SenangHosting
Kalau nak bina website dan domain tapi tak tahu dimana. Sila pilih SenangHosting sebagai pilihan anda.
Harga berpatutan, Nilai terbaik, server berkualiti dan pantas.
Terima kasih
Kat malaysia ni nak jumpa cara nak bina laman web bervideo dalam bahasa melayu susah.Tapi last2 jumpa gak kat senitutor.com.Diorang ada macam-macam tutorial kat sana.bukan bina laman web jer.cara nak buat animasi 3d ada gak.yang pasti dalam bentuk video.senang nak faham.jenguk2 la kat sana kalau berminat.
Catat Ulasan