Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Mereka yang mempunyai maklumat sila hubungi balai polis terdekat atau hubungi Mohd Nashar(bapa) di 016-2583450 / 016-2709096 atau Balai Polis Petaling Jaya di 03-79662222 atau Rakan Cop di 03-21159999.
Technorati Tags: shaztraz, sharlinie, hilang, culik
0 ulasan:
Catat Ulasan