Kini dengan hanya duduk di depan komputer anda boleh menghantar kad ucapan sebenar kepada sesiapa sahaja. Walaupun begitu perkhidmatan yang disediakan hanyalah untuk alamat di dalam Malaysia sahaja. Bagaimana jika anda tidak tahu alamat rumah atau pejabat sipenerima? Jangan bimbang kerana anda boleh meletakkan alamat email sipenerima dan pihak penyedia perkhidmatan ini akan meminta alamat bakal penerima kad berkenaan. Lagi mudah kalau anda sendiri yang tanya alamat sipenerima tersebut.Untuk menggunakan perkhidmatan ini mudah sahaja. Anda hanya perlu mendaftar, pilih kad, tulis pesanan, beri alamat sipenerima atau emailnya dan kad anda akan diproses untuk penghantaran. Buat masa ini pilihan kad adalah terhad tetapi sudah pasti akan ditambah di masa akan datang.
Penyedia perkhidmatan ini adalah dari Malaysia dan ada kemungkinan ini adalah perkhidmatan yang pertama seumpamanya di dunia. Jadi jika berminat hendak mencubanya silalah ke Enveluv.
Technorati Tags: shaztraz, kad ucapan, percuma, pos, enveluv
1 ulasan:
Wah! Bagus ni... bolehla cuba.
Catat Ulasan