Kad Nama Percuma - Shaz Tech

15.5.08

Kad Nama Percuma

Dewasa ini pelbagai cara yang digunakan oleh perniagaan yang beroperasi secara online untuk mendapatkan pelanggan. Salah satu perkhidmatan ini adalah mencetak kad nama. Kad nama ini biasanya digunakan apabila bertemu dengan pelanggan atau bakal pelanggan maupun kenalan untuk memaklumkan tentang diri anda.

Kini terdapat dua perniagaan yang menawarkan perkhidmatan mencetak kad nama secara percuma. Anda cuma perlu membayar kos penghantaran sahaja. Walaupun begitu perlu diingatkan bahawa mereka ini bukan beroperasi di Malaysia jadi kos penghantarannya agak tinggi. Mereka pula hanya menerima bayaran melalui kad kredit untuk pesanan daripada luar negara.

OoprintSalah satu daripadanya ialah Ooprint yang menawarkan 100 keping kad nama percuma untuk sesiapa yang berminat. Mereka menawarkan 33 rekabentuk untuk dipilih. Setelah memilih rekabentuk, anda boleh memasukkan maklumat yang diperlukan seperti nama, jawatan, alamat, nombor telefon, email dan laman web.

Di belakang kad ini akan dicetak alamat laman web Ooprint tetapi jika anda tidak mahu ianya dicetak anda perlu membayar USD4. Sementara itu jika anda ingin menukar font, warna atau menambah logo, perlu tambah USD5. Selepas itu bolehlah anda mendaftar serta mengesahkan pesanan sebelum membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit. Kos penghantaran ke Malaysia adalah USD5.90.

VistaPrintSatu lagi perniagaan yang menawarkan kad nama percuma adalah VistaPrint dengan menyediakan 42 rekabentuk pilihan. Berbanding dengan Ooprint cuma 100 keping, VistaPrint memberi 250 keping kad nama secara percuma. Maklumat yang boleh dimasukkan sama juga iaitu nama syarikat, cogankata, nama, jawatan, alamat, nombor telefon, email dan laman web.

Serupa dengan Ooprint, di belakang kad nama percuma ini akan dicetak alamat laman web VistaPrint dan perlu membuat bayaran tambahan jika hendak belakang kad yang kosong atau dicetak kalendar atau teks sendiri. Anda juga akan ditawarkan untuk membeli beberapa barangan VistaPrint lain. Selepas itu anda dikehendaki untuk mendaftar sebagai pembeli sebelum memilih cara penghantaran. Bagi negara Malaysia anda boleh memilih samada penghantaran dalam tempoh 21 hari dengan kos £3.99 atau 14 hari dengan kos £7.69. Pembayaran hanya boleh dibuat dengan menggunakan kredit kad.

Secara amnya anda perlu membayar lebih kurang RM19.50 untuk 100 keping kad nama daripada Ooprint dan RM25.60 untuk 250 keping kad nama daripada VistaPrint. Untuk kad nama percuma ini kedua-dua perniagaan menggunakan kertas Matt Finish. Anda mungkin boleh mendapatkan kad nama dengan kualiti dan harga yang sama di Malaysia.

Technorati Tags: , , ,

0 ulasan: