Kehidupan hari ini sudah semakin mencabar dan ramai yang ingin memberikan pendidikan yang awal kepada anak-anak mereka. Walaupun begitu mungkin agak sukar untuk mencari bahan yang sesuai untuk kanak-kanak di internet.
Jika anda mencari sesuatu untuk membantu anak anda mengenal huruf, perkataan ataupun benda di dalam Bahasa Inggeris mungkin laman web Kindersay boleh membantu. Laman web ini akan menunjukkan gambar yang berkenaan dan menyebutnya iaitu secara video dan audio.
Di antara gambar dan sebutan yang disediakan adalah huruf a, b, c sehingga z, gambar berkaitan binatang, seni, makanan, anggota badan, kenderaan dan banyak lagi. Bahasa isyarat juga ada ditunjukkan untuk beberapa objek yang biasa berada di sekeliling kita. Semua ini boleh digunakan secara percuma dan tidak perlu mendaftarkan diri.
Jika mendaftarkan diri, anda akan diberi lebih banyak pilihan untuk digunakan. Di samping itu anda boleh juga upload gambar-gambar anda sendiri serta membuat rakaman suara. Ini terutamanya sesuai untuk menunjukkan gambar-gambar benda yang biasa dengan anak kita atau foto kaum keluarga sendiri.
Jika anda ada anak yang masih belum bersekolah bolehlah mencubanya bersama-sama sekeluarga di Kindersay.
Technorati Tags: shaztraz, kanak-kanak, tadika, huruf, nombor, kindersay
5.5.08
Mengenal Huruf, Perkataan, Benda Untuk Kanak-kanak
Dicatat oleh Shaz di 16:29
Label: internet, percuma, perkhidmatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan