30.1.08

Bina Laman Web Cara Mudah

Kini hampir semua orang sudah mempunyai alamat email dan ramai pula yang mula berjinak-jinak dengan blog. Walaupun begitu keperluan mempunyai laman web tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Roxer
Berbagai cara boleh digunakan untuk membangunkan sesebuah laman web tetapi biasanya ianya akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Masalah paling utama ialah ialah untuk menyusun atur teks, grafik dan gambar di laman web tersebut.

Kini ada sebuah laman web yang menawarkan perkhidmatan membangunkan laman web secara mudah, ringkas dan cepat. Ini tentu dapat membantu mereka yang tidak mempunyai laman web sendiri untuk membina laman statik untuk mempaparkan resume, maklumat perniagaan, risalah dan seumpamanya di internet. Laman web yang dimaksud ini adalah Roxer

Di sini anda hanya perlu mendaftar dan memilih alamat url yang dikehendaki iaitu namapilihan.rexor.com. Roxer menggunakan konsep kotak di mana semua kandungan di dalam laman web tersebut diletakkan di dalam kotak-kotak yang berlainan. Ada kotak untuk teks, gambar, video, komen, grafik dan sebagainya. Saiz, kedudukan dan susun atur kotak-kotak ini boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna dengan hanya menggunakan tetikus sahaja.

Untuk memahami dan mencuba konsep membangunkan laman web cara yang mudah ini, bolehlah layari laman web Roxer. Setakat ini ianya percuma dan masih dalam peringkat Beta. Saya sendiri sedang mencuba menggunakannya dan boleh melihat laman web saya yang masih dalam proses pembinaan di shaztraz.roxer.com.

Technorati Tags: , , , ,

24.1.08

Advertlets - Bloggers BM dan Chinese Dikehendaki

Advertlets akan melancarkan satu kempen pengiklanan yang khusus untuk blog yang menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa China. Sebahagian besar blog sekarang menggunakan Bahasa Inggeris kerana ingin mendapatkan lebih ramai pembaca. Tidak ramai yang menulis dalam Bahasa Malaysia memandangkan sasaran pembacanya tidak besar.

Advertlets

Pembayaran bagi kempen pengiklanan ini adalah berasaskan CPM, ini bermakna anda akan dibayar berdasarkan jumlah trafik ke blog anda. Jika anda berminat untuk terlibat dalam kempen terbaru ini, sila layari Blog Advertising Gets More Muhibbah.

Technorati Tags: , ,

19.1.08

Proton Saga BLM

Proton Holdings Berhad telah melancarkan model baru Proton Saga iaitu model kereta nasional pertama yang dikeluarkan pada 1985. Ini bagi menggantikan model Iswara dan Saga yang sedia ada. Kereta yang diberi kod BLM ini menggunakan enjin Campro dengan kuasa 1.3 liter. Pengguna mempunyai pilihan transmisi manual atau automatik.
Proton Saga BLM
Proton Saga BLM ini dibangunkan dalam tempoh 17 bulan turut menggunakan logo baru. Logo ini akan turut digunakan untuk kereta-kereta baru Proton di masa hadapan. Sasaran pembeli kereta ini ialah mereka yang berumur dari 20 tahun sehingga 60 tahun. 40 peratus daripada bakal pembeli ini dijangkakan daripada pengguna pertama kereta dan 30 peratus lagi mereka yang menggantikan kereta lama yang sedang digunakan sekarang.

Proton Saga model baru ini disediakan dalam tiga pilihan iaitu Entry Line, Base Line dan Medium Line. Harga di atas jalan kereta ini pula ialah di antara RM31,500 hingga RM39,998.

Maklumat lanjut tentang kereta terbaru keluaran Proton ini boleh didapati di Proton Saga BLM. Atau boleh juga ke The Saga Continues untuk melihat beberapa gambar luar dan dalam kereta Proton Saga ini.

Technorati Tags: , , , ,

18.1.08

Apple MacBook Air

Apple telah memperkenalkan satu lagi model terbaru dalam keluarga MacBook yang dikenali sebagai MacBook Air di pameran Macworld 2008. Di antara ciri yang paling ketara ialah tebalnya kurang dari 2 cm dengan berat cuma 1.36 kg sahaja. Dijana oleh pemproses Intel Core 2 Duo dengan 4MB cache disertai 2GB 667MHz DDR2 SDRAM. Kelajuan standard adalah 1.6 GHz dengan pilihan peningkatan ke 1.8 GHz.

Apple MacBook Air

Maklumat lanjut tentang komputer terbaru daripada Apple ini boleh dibaca di MacBook Air.

Technorati Tags: , , , , ,

16.1.08

Mengurangkan Berat Badan

Semakin ramai sekarang yang mengambil berat tentang kesihatan terutamanya berat badan. Walaupun begitu lebih ramai wanita yang lebih risau jika berat badan meningkat berbanding lelaki. Sebenarnya tidak kira jantina, semua orang perlu mengawal berat badan supaya tidak sampai ke peringkat obesiti. Pada kebiasaannya berat badan yang berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit.

Ada banyak petua dan teknik untuk mengurangkan berat badan. Walau apapun yang paling penting ialah mengawal apa yang kita makan dan melakukan senaman secara berkala. Ini menjadi amat penting terutama untuk rakyat Malaysia yang kebanyakan makanannya berminyak dan berlemak.

Di zaman sains dan teknologi ini beberapa pihak telah membuat kajian dan ujian bagaimana untuk mengurangkan berat badan. Terpulanglah kepada kita cara yang mana hendak diikuti, asalkan kita benar-benar faham apa yang dilakukan.

Sebagai contoh ada kajian yang mengatakan kita boleh melakukan senaman dengan lebih lama dan gigih jika kita merasa sejuk. Memanaskan badan sekurang-kurangnya selama lima minit sebelum memulakan senaman pula boleh menambah kadar kehilangan lemak. Melakukan dua sessi senaman sederhana lebih banyak membakar kalori daripada satu sessi senaman berat.

Selamat bersenam....

Technorati Tags: , , ,

11.1.08

Menjejak Sharlinie

Sharlinie Mohd NasharSharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Mereka yang mempunyai maklumat sila hubungi balai polis terdekat atau hubungi Mohd Nashar(bapa) di 016-2583450 / 016-2709096 atau Balai Polis Petaling Jaya di 03-79662222 atau Rakan Cop di 03-21159999.

Technorati Tags: , , ,