oleh Zamri Nanyan
Di antara beberapa syarikat yang menawarkan program affiliate dan servis pemprosesan bayaran kad kredit, ClickBank menjadi pilihan ramai.
Sebelum ini, penjanaan wang di ClickBank memang banyak dipelopori oleh usahawan-usahawan internet daripada luar negara kerana cuma pertengahan tahun 2008 sahaja ClickBank mula membuka pendaftaran daripada Malaysia. Kini, jika anda bergiat aktif di dalam bisnes internet, anda akan perasan bahawa semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia mula menjana pendapatan melalui ClickBank.
Namun begitu, kenapa ClickBank menjadi pilihan ramai walaupun terdapat banyak lagi program affiliate yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia.
Pasti ada sebab kenapa ClickBank begitu diminati dan saya berikan 5 daripada sebab-sebab tersebut.