Memaparkan catatan dengan label berita . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita . Papar semua catatan

4.2.08

Microsoft Tawar USD 44.6 Billion Untuk Yahoo

Pada 1 Februari yang lalu gergasi Microsoft telah membuat tawaran bernilai kira-kira RM 147.18 billion (USD 44.6 billion) dalam bentuk tunai dan saham untuk mengambil alih Yahoo! Pemegang saham Yahoo ditawarkan USD 31 sesaham iaitu 62 peratus lebih tinggi daripada harga saham tersebut ditutup pada 31 Januari.

Pihak Yahoo pernah menolak tawaran daripada Microsoft sebanyak dua kali sebelum ini. Difahamkan pihak lembaga pengarah Yahoo sedang meneliti dengan terperinci tawaran yang dibuat oleh Microsoft. Menurut kenyataan rasmi daripada Yahoo mereka akan membuat keputusan yang akan memberi manfaat terbaik kepada pemegang sahamnya.

Berdasarkan laporan comScore, Google menguasi lebih 58.4 peratus pasaran Amerika Syarikat, Yahoo dengan 22.9 peratus dan Microsoft pula cuma 9.8 peratus.

Apakah keputusan yang bakal diambil oleh Lembaga Pengarah Yahoo? Memang menarik untuk diketahui, jadi sama-samalah kita tunggu...

Technorati Tags: , , , ,

18.1.08

Apple MacBook Air

Apple telah memperkenalkan satu lagi model terbaru dalam keluarga MacBook yang dikenali sebagai MacBook Air di pameran Macworld 2008. Di antara ciri yang paling ketara ialah tebalnya kurang dari 2 cm dengan berat cuma 1.36 kg sahaja. Dijana oleh pemproses Intel Core 2 Duo dengan 4MB cache disertai 2GB 667MHz DDR2 SDRAM. Kelajuan standard adalah 1.6 GHz dengan pilihan peningkatan ke 1.8 GHz.

Apple MacBook Air

Maklumat lanjut tentang komputer terbaru daripada Apple ini boleh dibaca di MacBook Air.

Technorati Tags: , , , , ,

6.12.07

PC Fair 2007

PC Fair, satu acara tiga kali setahun pameran dan jualan barangan komputer dan yang berkaitan dengannya anjuran Persatuan Industri Multimedia dan Komputer Malaysia (PIKOM) telah bermula hujung minggu lepas. Ini adalah kali ketiga dan terakhir bagi tahun ini.

Tarikh dan lokasi acara ini adalah seperti berikut;

30 November - 2 Disember 2007
11:00 am - 9:00 pm

Penang International Sports Arena, Penang
Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau

Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah

Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu

Terminal One Shopping Centre, Seremban, Negeri Sembilan
Jalan Lintang, 70000 Seremban

Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan


7 - 9 Disember 2007
11:00 am - 9:00 pm

KL Convention Centre, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur


Mahkota Parade Melaka
Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir

Central Square, Sungai Petani, Kedah
Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani

14 - 16 Disember 2007
11:00 am - 9:00 pm

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru

Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak *Ipoh Cancelled*
Jalan Stadium Perak, 31400 Ipoh

Kemaman Centre Point, Kemaman, Terengganu
Jalan Dato' Omar Chukai, 21100 Kemaman

Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar

Dewan Suarah Bintulu, Sarawak *New Dates*
Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97008 Bintulu


Maklumat lanjut boleh diperolehi di PIKOM.

Technorati Tags: , , , ,

3.4.07

PIKOM PC Fair 2007

Acara tahunan pameran dan jualan barangan komputer dan yang berkaitan dengannya anjuran Persatuan Industri Multimedia dan Komputer Malaysia (PIKOM) akan bermula hujung minggu ini.

Tarikh dan lokasi acara ini adalah seperti berikut;

6 - 8 April 2007
11:00 am - 9:00 pm

Penang International Sports Arena
Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau

Mahkota Parade Melaka
Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir, Melaka

Dewan Masyarakat Sandakan
Jalan Leila, 90000 Sandakan

Dewan Masyarakat Tawau
Jln Bakau, 91000 Tawau

Level 5, Permata Car Park Building, Kuching
Jalan Padungan, 93100 Kuching

13 - 15 April 2007
11:00 am - 9:00 pm

KL Convention Centre, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur

City Square Johor Bahru
Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru

Stadium Indera Mulia, Ipoh
Jalan Stadium Perak, 31400 Ipoh

Summit Shopping Complex, Batu Pahat
Jalan Bakau Condong, 83000 Batu Pahat

Berjaya Megamall, Kuantan
Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan

20 - 22 April 2007
11:00 am - 9:00 pm

Dewan Milenium, Kepala Batas
Bertam, 13200 Kepala Batas

Dewan Perbandaran Taiping
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping

Sibu Trade & Exhibition Centre
Power Road, 96000 Sibu

Miri Indoor Stadium
Jalan Sukan, 98000 Miri

Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang
Tanjong Karang, Kuala Selangor

Dewan Jubli Intan, Muar
Jalan Arab, 84000 Muar


Technorati Tags: , , , ,

19.3.07

CeBIT

CeBIT merupakan pameran perdagangan yang terbesar di dunia merangkumi digital IT dan penyelesaian telekomunikasi untuk persekitaran rumah dan kerja. Kumpulan sasaran yang utama adalah pengguna daripada industri, sektor borong/runcit, dagangan mahir, bank, sektor perkhidmatan, agensi kerajaan, sains dan semua pengguna teknologi.

Semenjak 1986 Deutsche Messe AG telah mengendalikan CeBIT di Hannover setiap tahun. Pada tahun 2006 telah menyaksikan seramai lebih 6,200 peserta pameran dari kira-kira 70 negara dan 430,000 pelawat dari seluruh dunia telah hadir.

Tahun ini CeBIT 2007 sedang berlangsung dari 15 - 21 Mac di Hannover. Pada tiga hari pertama lebih 200,000 pelawat telah mengunjungi pameran. Lebih daripada 6,100 peserta pameran dari 77 negara terlibat dalam CeBIT 2007.

Technorati Tags: , , ,