Kehidupan hari ini sudah semakin mencabar dan ramai yang ingin memberikan pendidikan yang awal kepada anak-anak mereka. Walaupun begitu mungkin agak sukar untuk mencari bahan yang sesuai untuk kanak-kanak di internet.
Jika anda mencari sesuatu untuk membantu anak anda mengenal huruf, perkataan ataupun benda di dalam Bahasa Inggeris mungkin laman web Kindersay boleh membantu. Laman web ini akan menunjukkan gambar yang berkenaan dan menyebutnya iaitu secara video dan audio.
Di antara gambar dan sebutan yang disediakan adalah huruf a, b, c sehingga z, gambar berkaitan binatang, seni, makanan, anggota badan, kenderaan dan banyak lagi. Bahasa isyarat juga ada ditunjukkan untuk beberapa objek yang biasa berada di sekeliling kita. Semua ini boleh digunakan secara percuma dan tidak perlu mendaftarkan diri.
Jika mendaftarkan diri, anda akan diberi lebih banyak pilihan untuk digunakan. Di samping itu anda boleh juga upload gambar-gambar anda sendiri serta membuat rakaman suara. Ini terutamanya sesuai untuk menunjukkan gambar-gambar benda yang biasa dengan anak kita atau foto kaum keluarga sendiri.
Jika anda ada anak yang masih belum bersekolah bolehlah mencubanya bersama-sama sekeluarga di Kindersay.
Technorati Tags: shaztraz, kanak-kanak, tadika, huruf, nombor, kindersay
5.5.08
Mengenal Huruf, Perkataan, Benda Untuk Kanak-kanak
Dicatat oleh Shaz di 16:29 0 ulasan
Label: internet, percuma, perkhidmatan
1.5.08
Domain Percuma
Di CO.CC terdapat dua jenis pendaftaran iaitu percuma dan berbayar. Anda boleh memeriksa samada nama pilihan anda itu masih belum digunakan dan boleh didaftarkan secara percuma jika ianya bukan nama premium. Setiap pengguna hanya dibenarkan mendaftarkan hanya tiga subdomain sahaja.
Apa yang menarik di CO.CC ini adalah khidmat tambahan yang ditawarkan untuk nama pilihan yang telah didaftarkan. Pengurusan subdomain tersebut dibahagi kepada tiga pilihan iaitu samada menggunakan name servers, menggunakan zone records iaitu A,MX,NS dan CNAME atau yang terakhir sebagai url forwarding sahaja.
Apabila mempunyai kawalan terhadap rekod DNS maka bolehlah menggunakan namapilihan.co.cc dengan Google Apps, Window Live, Blogger, Wordpress, Zetaboards, Tistory atau Roxer.
Technorati Tags: shaztraz, domain, percuma, free, dns control
Dicatat oleh Shaz di 10:16 0 ulasan
Label: internet, percuma, perkhidmatan
5.2.08
Webhosting Percuma
Sebelum ini saya ada menceritakan tentang cara membuat laman web secara mudah dan percuma di Roxer. Bagaimana pula jika anda baru nak mencuba hosting sendiri? Tentu anda tidak mahu membayar sesuatu yang anda tidak pasti. Oleh itu anda boleh mencuba tawaran webhosting secara percuma sebelum berpindah kepada yang berbayar.
Saya telah berjumpa dengan tiga laman web yang menawarkan webhosting secara percuma iaitu di 000webhost, gigacities dan newsit.es. Secara ringkasnya berikut adalah kemudahan yang ditawarkan oleh ketiga-tiga pemberi perkhidmatan tersebut;
000webhost
250 MB of Disk Space
100 GB Bandwidth!
Host your own domain
Free our subdomain.
cPanel Powered Hosting
Host unlimited domains
Unlimited physical cPanel accounts
Over 500 website templates
Free POP3 Email Box
Unrestricted POP3 email
Webmail access
FTP and Web based File Manager access
Unrestricted PHP with MySQL
gigacities
20 Gb of free web space
300 Gb bandwith
Php5, SQL support
Pre-installed scripts
Incredible support
Powerful server network
No forced ads
Free web statistics (awstats)
Good neighborhood
Instant activation
Add your own domain
newsit.es
20 GB Web Space
Intel Xeon Servers: 15 GHZ Quad Core Servers
PHP 5
FTP: With CHMOD enabled
Live support
Your Own Domain
300GB Bandwidth
MySQL 5: 5 Databases Per User
99.5% Uptime
No Pop-Ups or SPAM
Jadi terpulanglah yang mana sesuai dengan keperluan anda. Atau anda boleh juga mencuba ketiga-tiga pemberi webhosting percuma di atas untuk mengenalpasti mana yang lebih stabil dan boleh diharap.
Technorati Tags: shaztraz, webhosting, hosting, free, percuma
Dicatat oleh Shaz di 20:17 2 ulasan
Label: internet, perkhidmatan
4.2.08
Microsoft Tawar USD 44.6 Billion Untuk Yahoo
Pada 1 Februari yang lalu gergasi Microsoft telah membuat tawaran bernilai kira-kira RM 147.18 billion (USD 44.6 billion) dalam bentuk tunai dan saham untuk mengambil alih Yahoo! Pemegang saham Yahoo ditawarkan USD 31 sesaham iaitu 62 peratus lebih tinggi daripada harga saham tersebut ditutup pada 31 Januari.
Pihak Yahoo pernah menolak tawaran daripada Microsoft sebanyak dua kali sebelum ini. Difahamkan pihak lembaga pengarah Yahoo sedang meneliti dengan terperinci tawaran yang dibuat oleh Microsoft. Menurut kenyataan rasmi daripada Yahoo mereka akan membuat keputusan yang akan memberi manfaat terbaik kepada pemegang sahamnya.
Berdasarkan laporan comScore, Google menguasi lebih 58.4 peratus pasaran Amerika Syarikat, Yahoo dengan 22.9 peratus dan Microsoft pula cuma 9.8 peratus.
Apakah keputusan yang bakal diambil oleh Lembaga Pengarah Yahoo? Memang menarik untuk diketahui, jadi sama-samalah kita tunggu...
Technorati Tags: shaztraz, microsoft, yahoo, beli, jual.tawaran
30.1.08
Bina Laman Web Cara Mudah
Kini hampir semua orang sudah mempunyai alamat email dan ramai pula yang mula berjinak-jinak dengan blog. Walaupun begitu keperluan mempunyai laman web tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Berbagai cara boleh digunakan untuk membangunkan sesebuah laman web tetapi biasanya ianya akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Masalah paling utama ialah ialah untuk menyusun atur teks, grafik dan gambar di laman web tersebut.
Kini ada sebuah laman web yang menawarkan perkhidmatan membangunkan laman web secara mudah, ringkas dan cepat. Ini tentu dapat membantu mereka yang tidak mempunyai laman web sendiri untuk membina laman statik untuk mempaparkan resume, maklumat perniagaan, risalah dan seumpamanya di internet. Laman web yang dimaksud ini adalah 
Di sini anda hanya perlu mendaftar dan memilih alamat url yang dikehendaki iaitu namapilihan.rexor.com. Roxer menggunakan konsep kotak di mana semua kandungan di dalam laman web tersebut diletakkan di dalam kotak-kotak yang berlainan. Ada kotak untuk teks, gambar, video, komen, grafik dan sebagainya. Saiz, kedudukan dan susun atur kotak-kotak ini boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna dengan hanya menggunakan tetikus sahaja.
Untuk memahami dan mencuba konsep membangunkan laman web cara yang mudah ini, bolehlah layari laman web Roxer. Setakat ini ianya percuma dan masih dalam peringkat Beta. Saya sendiri sedang mencuba menggunakannya dan boleh melihat laman web saya yang masih dalam proses pembinaan di shaztraz.roxer.com.
Technorati Tags: shaztraz, roxer, laman web, percuma, mudah
Dicatat oleh Shaz di 02:05 2 ulasan
Label: internet, perkhidmatan
24.1.08
Advertlets - Bloggers BM dan Chinese Dikehendaki
Advertlets akan melancarkan satu kempen pengiklanan yang khusus untuk blog yang menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa China. Sebahagian besar blog sekarang menggunakan Bahasa Inggeris kerana ingin mendapatkan lebih ramai pembaca. Tidak ramai yang menulis dalam Bahasa Malaysia memandangkan sasaran pembacanya tidak besar.

Pembayaran bagi kempen pengiklanan ini adalah berasaskan CPM, ini bermakna anda akan dibayar berdasarkan jumlah trafik ke blog anda. Jika anda berminat untuk terlibat dalam kempen terbaru ini, sila layari Blog Advertising Gets More Muhibbah.
Technorati Tags: shaztraz, advertlets, iklan
28.9.07
Online Safe Deposit Box
Anda mempunyai peti besi di rumah atau melanggan melanggan peti simpanan di bank. Selain wang, peti ini boleh digunakan untuk menyimpan barangan atau dokumen yang berharga. Bagaimana pula jika ada peti simpanan di internet?
Di laman web keepyousafe.com ada menyediakan Online Safe Deposit Box. Di samping itu laman web ini memberi perkhidmatan Secure Email dan Secure File Send. Ini membolehkan anda menyimpan dan melindungi data peribadi anda yang paling penting di sini dan menghantar emel dan dokumen secara selamat melalui internet.
Di antara yang boleh disimpan di dalam peti keselamatan ini ialah maklumat yang terdapat dalam dompet seperti nombor kad kredit, maklumat passpot dan lesen memandu, maklumat polisi insuran dan isi rumah, gambar dan rekod keluarga dan sudah tentu berbagai kata laluan yang digunakan.
Penggunaan Online Safe Deposit, Secure File Send dan Secure Email adalah percuma. Walaupun begitu ini cuma untuk lebih kurang 10 fail sahaja. Jika anda memerlukan lebih ruang, bayaran sebanyak USD4 sebulan dikenakan bagi penyimpanan 500 megs ruang fail dan 500 fail maklumat dalam bentuk teks.
Berminat? Kunjungilah keepyousafe.com.
Tags: shaztraz, peti keselamatan, peti besi, deposit box
Dicatat oleh Shaz di 23:32 0 ulasan
Label: internet, perkhidmatan
27.9.07
Free Mobile Internet Calls and Chat
Inginkah anda membuat panggilan telefon dan ber'chatting' secara percuma dari telefon bimbit anda? Walaupun begitu ini hanya sesuai untuk mereka yang melanggan 'unlimited data plan' untuk talian telefon bimbit anda. Bagi mereka yang menggunakan 'pay as you use' ianya akan melibatkan kos tambahan.
Perkhidmatan yang saya maksudkan adalah fring. fring merupakan satu aplikasi VoIP mudahalih yang membolehkan kita membuat panggilan telefon bimbit dan ber'chatting' dengan pengguna fring yang lain atau pengguna komputer yang mempunyai perkhidmatan Skpe, Google Talk, ICQ, MSN Messenger dan Twitter. Perkhidmatan ini adalah percuma apabila digunakan bersama unlimited data plan anda.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, kita perlu mendaftar dan memuat-turun perisian fring ke telefon bimbit. Kalau berminat ingin mencuba sila pergi ke laman web fring.
Tags: shaztraz, fring, free call, handphone, mobile
19.9.07
Online Mind Mapping
Apabila menyebut 'brainstorming' atau 'mind mapping' biasanya kita akan memulakannya dengan mencatatkan idea utama di sekeping kertas dan melukis bulatan di sekelilingnya. Selepas itu kita akan menggariskan cabang idea-idea sokongan di sekeliling idea utama tadi. Ini akan menghasilkan satu gambarajah bentuk bebas. Proses ini ada diterangkan dengan lebih jelas di Wikipedia.
Kini bubbl.us menyediakan satu kemudahan untuk melakukan semua ini secara 'online' dan percuma. Kita boleh membuat peta minda yang mudah atau kompleks dan ianya boleh disimpan, dicetak, dikongsi dengan rakan-rakan atau menyiarkannya di laman web untuk tatapan semua.
Kemudahan ini amat berguna khususnya kepada para pelajar dan mereka yang selalu melakukan proses 'brainstorming'. Tambahan lagi bubbl.us ini amat mudah digunakan dan dikongsi cuma pastikan komputer kita mempunyai Macromedia/Adobe Flash.
Tags: shaztraz, brainstrom, mind map, online, bubbl
18.9.07
Emel Yahoo Di Outlook
Saya telah bercerita tentang memeriksa emel Yahoo, Gmail dan Hotmail dengan menggunakan telefon bimbit di Emel Di Telefon Bimbit. Kali ini saya ingin memperkenalkan pula perisian YPOPs! yang boleh dimuat-turun secara percuma.
YPOPs adalah satu aplikasi yang menyediakan capaian POP3 dan SMTP untuk Yahoo Mail. Capaian POP3 sebenarnya ada disediakan jika kita melanggan Yahoo Mail Plus dengan yuran tahunan lebih kurang USD20.00 setahun. Sementara itu YPOPs ini pula adalah percuma.
Apabila menggunakan YPOPs ini kita boleh meggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Outlook. Di antaranya kita boleh tentukan beberapa kerap Outlook memeriksa emel kita dan kita boleh membaca emel dari Yahoo walaupun tidak online kerana semua emel telah dimuat-turun dalam Outlook.
Perisian ini boleh juga digunakan dengan Thunderbird.
Tags: shaztraz, email, yahoo, pop3, perisian
17.9.07
Emel Di Telefon Bimbit
Sekarang ini hampir semua orang telah mempunyai kemudahan emel sama seperti telefon bimbit. Selama ini apabila hendak menghantar atau memeriksa emel baru kita mesti menggunakan komputer. Jika kita ada telefon bimbit yang mempunyai kemudahan memeriksa emel pun, jarang digunakan kerana susah untuk menggunakannya.
Walaupun begitu jika telefon bimbit kita mempunyai kemudahan untuk melayari internet, kita boleh boleh menggunakan emel di telefon bimbit dengan lebih mudah. Tiga emel utama percuma iaitu Yahoo Mail, Gmail dan Hotmail ada menyediakan perkhidmatan untuk memeriksa emel melalui telefon bimbit. Apa yang diperlu dilakukan ialah dengan melayari lawan web yang dikhaskan untuk telefon bimbit seperti berikut;
Yahoo Mail - m.yahoo.com
Gmail - m.gmail.com
Hotmail - mobile.msn.com
Kemudahan ini dapat menyelesaikan masalah untuk menghantar dan menerima emel walaupun tidak berada di depan komputer.
Tags: shaztraz, telefon bimbit, emel, gmail, yahoo, hotmail
11.4.07
Online Scanner
Ini ada satu kemudahan yang dapat membantu kita meringankan kerja menyalin daripada sumber asal kepada bentuk digital. Biasanya kita menggunakan alat pengimbas untuk menukar sesuatu dokumen itu ke digital.
Bagaimana jika kita tiada alat atau pengimbas atau alat pengimbas tidak sesuai digunakan untuk bahan itu? Tidak perlu bimbang kerana kita masih boleh menggunakan kamera digital atau telefon berkamera untuk menggantikan alat pengimbas.
Caranya? Mudah sahaja dengan menggunakan scanR. Ambil gambar, hantar kepada scanR dan ianya akan dikembalikan kepada anda setelah diproses. Gambar yang boleh dihantar ialah gambar dari whiteboard, dokumen atau kad perniagaan.
Gambar yang diambil boleh dihantar samada dengan email atau terus dari telefon bimbit. Ketika ini scanR sesuai untuk mengimbas dokumen bersaiz A4 samada dalam bentuk teks atau tulisan tangan. Tulisan dan lukisan dari whiteboard dan maklumat di atas kad perniagaan biasa.
Perkhidmatan yang disediakan oleh scanR ini adalah percuma dan satu salinan semua bahan yang telah diimbas boleh disimpan di scanR untuk rujukan akan datang.
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau mencuba kemudahan ini sila kunjungi scanR.
Tags: shaztraz, scanner, online, scanR
9.4.07
Free SMS
Penggunaan sms sekarang ini amat meluas dan ada pengguna telefon bimbit yang membelanjakan untuk sms lebih banyak daripada untuk panggilan suara. Jika anda ada kemudahan internet, perbelanjaaan untuk sms boleh dikurangkan.
Mobik.com menawarkan perkhidmatan penghantaran sms secara percuma ke telefon bimbit seluruh dunia tanpa had, tanpa kos dan tanpa bayaran. Kos sms ini sebenarnya dibiayai oleh iklan yang diselitkan bersama-sama sms yang dihantar. Di samping itu sebelum sms kita dihantar satu video iklan akan disiarkan untuk tontonan.
Di antara kemudahan yang disediakan ialah kemampuan menghantar sms serentak kepada sekumpulan kawan. Semua sms yang dihantar juga direkodkan dan kita boleh menyemaknya di masa akan datang.
Walaubagaimanapun sms percuma ini hanya boleh dihantar jika negara tersebut ada pengiklan yang aktif. Ketika artikel ini ditulis negara yang mempunyai pengiklan yang aktif ialah Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand dan Singapura. Senarai ini boleh disemak di sini, Liputan Mobik.
Jika ingin mencuba perkhidmatan ini sila kunjungi Mobik.
TERKINI : Laman web Mobik telah diganti dengan laman web perniagaan bed.Travel.
Tags: shaztraz, free, percuma, sms, online, mobik
1.4.07
FlashGet - Download Manager
Salah satu aktiviti yang kerap dilakukan apabila melayari internet adalah memuat turun fail, lagu, video dan sebagainya. Bergantung kepada saiz fail dan kelajuan talian, memuat turun ini akan mengambil masa dari beberapa saat, minit malah boleh sampai beberapa jam.Bagi memudahkan kerja memuat turun ini ada berbagai perisian yang boleh membantu menguruskannya, salah satu daripadanya ialah FlashGet. Perisian FlashGet ini adalah freeware jadi kita boleh menggunakannya secara percuma.
FlashGet boleh membantu mempercepatkan proses memuat turun kerana ia akan melakukannya daripada beberapa sumber secara serentak. Andaikata proses memuat turun mengalami gangguan pula ianya akan menyambung semula di mana proses itu terganggu bukan dari awal.
Satu lagi ciri FlashGet ini ialah ianya akan berfungsi secara automatik apabila kita melakukan muat turun dan fail yang dimuat turun itu akan diletakkan di satu folder khas supaya mudah kita mencarinya. Jika fail yang kita hendak muat turun itu sudah di muat turun sebelum ini, FlashGet akan memberitahunya. Ini dapat mengelakkan kita memuat turun fail yang sama lagi sekali.
Memandangkan proses memuat turun ini boleh memperlahankan capaian ke internet jika kita juga melayari internet pada masa yang sama, FlashGet boleh menentukan tarikh dan masa sesuatu fail hendak di muat turun. Jadi kita boleh menentukan proses muat turun dilakukan semasa kita tidak menggunakan internet.
Untuk mengetahui ciri-ciri lengkap FlashGet ini dapatkan maklumatnya di

Technorati Tags: shaztraz, internet, perisian, muat turun, flashget
26.3.07
Evoca

Evoca merupakan satu perkhidmatan untuk sesiapa sahaja dengan mudah membuat, mengurus dan mencari rakaman suara di internet. Ianya boleh dibuat dengan menggunakan telefon, mikrofon di komputer, Skype™ atau upload rakaman yang sedia ada.
Di antara kemudahan yang disediakan adalah EvocaMic™ dimana kita boleh membuat rakaman terus ke dalam akaun sendiri dengan menggunakan mikrofon di komputer. Boleh juga upload semua rakaman yang dibuat dalam format mp3 dan wav.
Rakaman suara ini juga boleh diletakkan di laman blog atau web supaya boleh didengar oleh para pengunjung. Kita juga boleh menyediakan kemudahan EvocaMic di laman blog atau web untuk pengunjung memberi sebarang komen dalam bentuk suara. Anda boleh cuba memberi komen tentang blog ini di EvocaMic yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut tentang kemudahan rakaman suara ini sila ke laman web Evoca.
Technorati Tags: shaztraz, evoca, rakaman, suara, melsuara
20.3.07
Truphone
Panggilan telefon bimbit secara percuma? Memang benar dengan menggunakan khidmat Truphone ini ianya percuma. Truphone merupakan satu perisian yang membolehkan VoIP digunakan melalui telefon bimbit. Teknologi VoIP memberi alternatif kepada pengguna untuk membuat panggilan secara percuma atau pada kadar yang amat minima.
Panggilan telefon bimbit yang mengunakan Truphone akan disalurkan melalui rangkaian internet dan bukannya melalui pembekal perkhidmatan. Perlu diingatkan bahawa hanya beberapa telefon bimbit tertentu sahaja boleh mengunakan khidmat ini. Pada asasnya telefon bimbit berkenaan perlulah mempunyai fungsi WiFi.
Untuk maklumat lanjut kunjungi laman web Truphone.
Technorati Tags: shaztraz, teknologi, telefon bimbit, panggilan percuma

