Memaparkan catatan dengan label percuma . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percuma . Papar semua catatan

15.5.08

Kad Nama Percuma

Dewasa ini pelbagai cara yang digunakan oleh perniagaan yang beroperasi secara online untuk mendapatkan pelanggan. Salah satu perkhidmatan ini adalah mencetak kad nama. Kad nama ini biasanya digunakan apabila bertemu dengan pelanggan atau bakal pelanggan maupun kenalan untuk memaklumkan tentang diri anda.

Kini terdapat dua perniagaan yang menawarkan perkhidmatan mencetak kad nama secara percuma. Anda cuma perlu membayar kos penghantaran sahaja. Walaupun begitu perlu diingatkan bahawa mereka ini bukan beroperasi di Malaysia jadi kos penghantarannya agak tinggi. Mereka pula hanya menerima bayaran melalui kad kredit untuk pesanan daripada luar negara.

OoprintSalah satu daripadanya ialah Ooprint yang menawarkan 100 keping kad nama percuma untuk sesiapa yang berminat. Mereka menawarkan 33 rekabentuk untuk dipilih. Setelah memilih rekabentuk, anda boleh memasukkan maklumat yang diperlukan seperti nama, jawatan, alamat, nombor telefon, email dan laman web.

Di belakang kad ini akan dicetak alamat laman web Ooprint tetapi jika anda tidak mahu ianya dicetak anda perlu membayar USD4. Sementara itu jika anda ingin menukar font, warna atau menambah logo, perlu tambah USD5. Selepas itu bolehlah anda mendaftar serta mengesahkan pesanan sebelum membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit. Kos penghantaran ke Malaysia adalah USD5.90.

VistaPrintSatu lagi perniagaan yang menawarkan kad nama percuma adalah VistaPrint dengan menyediakan 42 rekabentuk pilihan. Berbanding dengan Ooprint cuma 100 keping, VistaPrint memberi 250 keping kad nama secara percuma. Maklumat yang boleh dimasukkan sama juga iaitu nama syarikat, cogankata, nama, jawatan, alamat, nombor telefon, email dan laman web.

Serupa dengan Ooprint, di belakang kad nama percuma ini akan dicetak alamat laman web VistaPrint dan perlu membuat bayaran tambahan jika hendak belakang kad yang kosong atau dicetak kalendar atau teks sendiri. Anda juga akan ditawarkan untuk membeli beberapa barangan VistaPrint lain. Selepas itu anda dikehendaki untuk mendaftar sebagai pembeli sebelum memilih cara penghantaran. Bagi negara Malaysia anda boleh memilih samada penghantaran dalam tempoh 21 hari dengan kos £3.99 atau 14 hari dengan kos £7.69. Pembayaran hanya boleh dibuat dengan menggunakan kredit kad.

Secara amnya anda perlu membayar lebih kurang RM19.50 untuk 100 keping kad nama daripada Ooprint dan RM25.60 untuk 250 keping kad nama daripada VistaPrint. Untuk kad nama percuma ini kedua-dua perniagaan menggunakan kertas Matt Finish. Anda mungkin boleh mendapatkan kad nama dengan kualiti dan harga yang sama di Malaysia.

Technorati Tags: , , ,

5.5.08

Mengenal Huruf, Perkataan, Benda Untuk Kanak-kanak

Kehidupan hari ini sudah semakin mencabar dan ramai yang ingin memberikan pendidikan yang awal kepada anak-anak mereka. Walaupun begitu mungkin agak sukar untuk mencari bahan yang sesuai untuk kanak-kanak di internet.

KindersayJika anda mencari sesuatu untuk membantu anak anda mengenal huruf, perkataan ataupun benda di dalam Bahasa Inggeris mungkin laman web Kindersay boleh membantu. Laman web ini akan menunjukkan gambar yang berkenaan dan menyebutnya iaitu secara video dan audio.

Di antara gambar dan sebutan yang disediakan adalah huruf a, b, c sehingga z, gambar berkaitan binatang, seni, makanan, anggota badan, kenderaan dan banyak lagi. Bahasa isyarat juga ada ditunjukkan untuk beberapa objek yang biasa berada di sekeliling kita. Semua ini boleh digunakan secara percuma dan tidak perlu mendaftarkan diri.

Jika mendaftarkan diri, anda akan diberi lebih banyak pilihan untuk digunakan. Di samping itu anda boleh juga upload gambar-gambar anda sendiri serta membuat rakaman suara. Ini terutamanya sesuai untuk menunjukkan gambar-gambar benda yang biasa dengan anak kita atau foto kaum keluarga sendiri.

Jika anda ada anak yang masih belum bersekolah bolehlah mencubanya bersama-sama sekeluarga di Kindersay.

Technorati Tags: , , , , ,

1.5.08

Domain Percuma

Dewasa ini berbagai perkhidmatan percuma yang ditawarkan di internet. Salah satu daripadanya adalah nama domain yang disediakan oleh CO.CC. Di sini anda boleh menggunakan nama subdomain dalam format namapilihan.co.cc.

Di CO.CC terdapat dua jenis pendaftaran iaitu percuma dan berbayar. Anda boleh memeriksa samada nama pilihan anda itu masih belum digunakan dan boleh didaftarkan secara percuma jika ianya bukan nama premium. Setiap pengguna hanya dibenarkan mendaftarkan hanya tiga subdomain sahaja.

Apa yang menarik di CO.CC ini adalah khidmat tambahan yang ditawarkan untuk nama pilihan yang telah didaftarkan. Pengurusan subdomain tersebut dibahagi kepada tiga pilihan iaitu samada menggunakan name servers, menggunakan zone records iaitu A,MX,NS dan CNAME atau yang terakhir sebagai url forwarding sahaja.

Apabila mempunyai kawalan terhadap rekod DNS maka bolehlah menggunakan namapilihan.co.cc dengan Google Apps, Window Live, Blogger, Wordpress, Zetaboards, Tistory atau Roxer.

CO.CC:Free Domain

Technorati Tags: , , , ,