Memaparkan catatan dengan label perisian . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perisian . Papar semua catatan

27.9.07

Free Mobile Internet Calls and Chat

Inginkah anda membuat panggilan telefon dan ber'chatting' secara percuma dari telefon bimbit anda? Walaupun begitu ini hanya sesuai untuk mereka yang melanggan 'unlimited data plan' untuk talian telefon bimbit anda. Bagi mereka yang menggunakan 'pay as you use' ianya akan melibatkan kos tambahan.

Perkhidmatan yang saya maksudkan adalah fring. fring merupakan satu aplikasi VoIP mudahalih yang membolehkan kita membuat panggilan telefon bimbit dan ber'chatting' dengan pengguna fring yang lain atau pengguna komputer yang mempunyai perkhidmatan Skpe, Google Talk, ICQ, MSN Messenger dan Twitter. Perkhidmatan ini adalah percuma apabila digunakan bersama unlimited data plan anda.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, kita perlu mendaftar dan memuat-turun perisian fring ke telefon bimbit. Kalau berminat ingin mencuba sila pergi ke laman web fring.

Tags: , , , ,

19.9.07

Online Mind Mapping

Apabila menyebut 'brainstorming' atau 'mind mapping' biasanya kita akan memulakannya dengan mencatatkan idea utama di sekeping kertas dan melukis bulatan di sekelilingnya. Selepas itu kita akan menggariskan cabang idea-idea sokongan di sekeliling idea utama tadi. Ini akan menghasilkan satu gambarajah bentuk bebas. Proses ini ada diterangkan dengan lebih jelas di Wikipedia.

Kini bubbl.us menyediakan satu kemudahan untuk melakukan semua ini secara 'online' dan percuma. Kita boleh membuat peta minda yang mudah atau kompleks dan ianya boleh disimpan, dicetak, dikongsi dengan rakan-rakan atau menyiarkannya di laman web untuk tatapan semua.

Kemudahan ini amat berguna khususnya kepada para pelajar dan mereka yang selalu melakukan proses 'brainstorming'. Tambahan lagi bubbl.us ini amat mudah digunakan dan dikongsi cuma pastikan komputer kita mempunyai Macromedia/Adobe Flash.

Tags: , , , ,

18.9.07

Emel Yahoo Di Outlook

Saya telah bercerita tentang memeriksa emel Yahoo, Gmail dan Hotmail dengan menggunakan telefon bimbit di Emel Di Telefon Bimbit. Kali ini saya ingin memperkenalkan pula perisian YPOPs! yang boleh dimuat-turun secara percuma.

YPOPs adalah satu aplikasi yang menyediakan capaian POP3 dan SMTP untuk Yahoo Mail. Capaian POP3 sebenarnya ada disediakan jika kita melanggan Yahoo Mail Plus dengan yuran tahunan lebih kurang USD20.00 setahun. Sementara itu YPOPs ini pula adalah percuma.

Apabila menggunakan YPOPs ini kita boleh meggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Outlook. Di antaranya kita boleh tentukan beberapa kerap Outlook memeriksa emel kita dan kita boleh membaca emel dari Yahoo walaupun tidak online kerana semua emel telah dimuat-turun dalam Outlook.

Perisian ini boleh juga digunakan dengan Thunderbird.

Tags: , , , ,

4.4.07

Recuva

Satu lagi perisian yang agak penting juga ialah yang boleh mendapatkan kembali fail yang secara sengaja atau tidak sengaja telah dipadamkan dari komputer. Salah satu daripadanya ialah Recuva, perisian freeware untuk Windows.

Recuva boleh membantu untuk memulihkan fail yang telah dipadamkan dari komputer. Ini termasuklah fail yang dikosongkan dari Recycle Bin dan juga fail yang terpadam dari kad memori kamera digital dan pemain MP3. Di samping itu fail yang dipadamkan oleh serangan virus atau seumpamanya juga boleh dipulihkan.

Untuk makluman perisian ini masih dalam peringkat beta dan boleh dimuat turun di www.recuva.com.

Technorati Tags: , , ,

1.4.07

FlashGet - Download Manager

The Best Download Manager!Salah satu aktiviti yang kerap dilakukan apabila melayari internet adalah memuat turun fail, lagu, video dan sebagainya. Bergantung kepada saiz fail dan kelajuan talian, memuat turun ini akan mengambil masa dari beberapa saat, minit malah boleh sampai beberapa jam.

Bagi memudahkan kerja memuat turun ini ada berbagai perisian yang boleh membantu menguruskannya, salah satu daripadanya ialah FlashGet. Perisian FlashGet ini adalah freeware jadi kita boleh menggunakannya secara percuma.

FlashGet boleh membantu mempercepatkan proses memuat turun kerana ia akan melakukannya daripada beberapa sumber secara serentak. Andaikata proses memuat turun mengalami gangguan pula ianya akan menyambung semula di mana proses itu terganggu bukan dari awal.

Satu lagi ciri FlashGet ini ialah ianya akan berfungsi secara automatik apabila kita melakukan muat turun dan fail yang dimuat turun itu akan diletakkan di satu folder khas supaya mudah kita mencarinya. Jika fail yang kita hendak muat turun itu sudah di muat turun sebelum ini, FlashGet akan memberitahunya. Ini dapat mengelakkan kita memuat turun fail yang sama lagi sekali.

Memandangkan proses memuat turun ini boleh memperlahankan capaian ke internet jika kita juga melayari internet pada masa yang sama, FlashGet boleh menentukan tarikh dan masa sesuatu fail hendak di muat turun. Jadi kita boleh menentukan proses muat turun dilakukan semasa kita tidak menggunakan internet.

Untuk mengetahui ciri-ciri lengkap FlashGet ini dapatkan maklumatnya di The Best Download Manager!

Technorati Tags: , , , ,

30.3.07

Pembersih Komputer

CCleaerIni bukan pembersih untuk menghilangkan habuk-habuk di belakang monitor atau CPU tetapi sebenarnya membuang data-data yang tidak diperlukan di dalam hard disk. Segala fail dan data yang tidak perlukan biasanya akan terus bertambah di dalam hard disk terutamanya fail-fail sementara internet. Ini boleh menjejaskan prestasi komputer anda. Oleh itu memang digalakkan untuk memeriksa hard disk komputer seberapa kerap yang boleh.

Di internet terdapat banyak perisian yang boleh di muat turun untuk melakukan kerja ini, salah satu daripadanya ialah CCleaner. Perisian freeware ini akan membuang semua fail-fail yang tidak diperlukan dari komputer. Ini membantu meningkatkan ruangan hard disk dan membolehkan komputer berfungsi dengan lebih pantas. Di samping itu ianya juga boleh memadamkan jejak penggunaan internet di komputer anda.

Registry komputer anda juga boleh dibersihkan oleh CCleaner ini supaya ianya boleh berfungsi dengan lebih baik lagi. Biasanya apabila kita uninstall sebarang perisian daripada komputer kita pasti ada beberapa fail yang tertinggal walaupun tidak diperlukan lagi. Fail-fail inilah yang akan dibuang oleh CCleaner.

Jika berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk memuat turun perisian ini sila ke CCleaner Download

Technorati Tags: , , , ,

26.3.07

Evoca


Evoca merupakan satu perkhidmatan untuk sesiapa sahaja dengan mudah membuat, mengurus dan mencari rakaman suara di internet. Ianya boleh dibuat dengan menggunakan telefon, mikrofon di komputer, Skype™ atau upload rakaman yang sedia ada.

Di antara kemudahan yang disediakan adalah EvocaMic™ dimana kita boleh membuat rakaman terus ke dalam akaun sendiri dengan menggunakan mikrofon di komputer. Boleh juga upload semua rakaman yang dibuat dalam format mp3 dan wav.

Rakaman suara ini juga boleh diletakkan di laman blog atau web supaya boleh didengar oleh para pengunjung. Kita juga boleh menyediakan kemudahan EvocaMic di laman blog atau web untuk pengunjung memberi sebarang komen dalam bentuk suara. Anda boleh cuba memberi komen tentang blog ini di EvocaMic yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut tentang kemudahan rakaman suara ini sila ke laman web Evoca.

Technorati Tags: , , , ,

21.3.07

Kunci Thumb Drive

Satu masa dahulu floppy drive yang bergarispusat 5 inci kemudian disket 3.5 inci merupakan media yang digunakan untuk membawa atau memindahkan data. Kini penggunaan thumb drive yang lebih mudah dengan kapasiti yang lebih besar sudah menjadi kebiasaan. Walaupun ianya boleh menyimpan data berkali ganda dari floppy dan disk drive, saiznya kecil sahaja. Kebarangkalian untuk tercicir atau hilang juga bertambah.

Untuk keselamatan data yang terdapat dalam thumb drive, kita boleh menggunakan thumb drive yang mempunyai kemudahan biometrik. Ini membolehkan kita mengunci thumb drive dengan menggunakan ibu jari. Walaupun begitu harganya dua atau tiga kali ganda daripada thumb drive biasa.

Jika kita mempunyai thumb drive yang biasa kita masih boleh mengunci data yang terdapat dalamnya. Terdapat beberapa perisian yang boleh membantu mengunci thumb drive dan salah satu daripadanya ialah USB Vault.

Selepas memuat turun perisian ini di komputer, kita perlu memasang perisian ini di thumb drive dan berikan katalaluan yang khas untuk thumb drive tersebut. Apabila hendak memindahkan fail ke thumb drive yang berkenaan terdapat dua pilihan iaitu samada hendak dikunci atau tidak. Jika tidak hendak dikunci, fail itu bolehlah disalin secara biasa tetapi jika hendak dikunci, fail itu perlu dibawa dan dilepaskan di ikon desktop USB Vault dan secara automatik fail itu akan disalin dan dikunci. Apabila fail itu nak dibuka, barulah katalaluan yang diberikan pada awal tadi perlu dimasukkan.

Untuk mendapatkan perisian ini sila ke laman web www.usbvault.com

Technorati Tags: , , , ,