Memaparkan catatan dengan label telefon . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label telefon . Papar semua catatan

10.2.08

Nada Dering Percuma

Sekarang ini hampir semua orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Malah kanak-kanak sekolah rendah juga sudah dilihat membawa telefon bimbit ke sekolah. Ada dua cara untuk mengetahui bila ada orang menghubungi anda di telefon bimbit iaitu apabila telefon berdering dan apabila telefon bergetar.

Teknologi terkini telah membawa nada dering dari monotone ke polyphonic dan sekarang truetone. Melalui truetone pelbagai nada dering boleh dihasilkan dan ini menyebabkan pengguna telefon bimbit cuba mendapatkan nada dering yang unik untuk telefon bimbit mereka.

Nada dering ini boleh diperolehi dengan memuat-turunnya dari penyedia perkhidmatan berkenaan dengan bayaran yang tertentu. Walaupun begitu ada juga beberapa laman web yang menawarkan nada dering secara percuma. Anda cuma perlu bayar kos menggunakan internet sahaja.

Nada dering percuma dalam format mp3 ini boleh dimuat-turun dari laman web mjelly. Anda boleh juga terus memasuki laman web ini menggunakan telefon bimbit anda di http://m.mjelly.com/. Nada dering ini boleh didengar dahulu sebelum dimuat-turun ke telefon bimbit anda. Kalau nada dering telefon bimbit sudah lama tidak bertukar, cubalah cari sesuatu yang menarik di mjelly.

Technorati Tags: , , , ,

8.10.07

SMS Percuma Maxis Hotlink

Sebagai pengguna telefon bimbit menerima dan menghantar pesanan ringkas atau sms adalah perkara biasa. Walaupun begitu bila telefon bimbit tertinggal atau kehabisan bateri atau kredit panggilan, kita akan terputus sekejap dengan dunia luar.

Sebelum ini ada diceritakan tentang kemudahan menghantar sms percuma melalui Mobik.com dan selama menggunakan perkhidmatan Mobik.com ini hampir kesemua sms berjaya dihantar.

MaxisSatu lagi perkhidmatan sms percuma di internet yang boleh dicuba ialah yang disediakan oleh Maxis Hotlink. Sesiapa sahaja yang mempunyai telefon bimbit boleh mendaftar walaupun bukan menggunakan talian 012, 017 atau 0142 tetapi memandangkan perkhidmatan ini dikendalikan oleh Maxis Hotlink, sms hanya boleh dihantar kepada pengguna talian Maxis Hotlink sahaja.

HotlinkSetelah mendaftar, kita cuma boleh menghantar 3 sms percuma sahaja sehari. Walaubagaimanapun jika sms yang dihantar itu dibalas, satu sms percuma lagi akan diberi. Ini bermakna jika setiap sms dihantar itu dibalas, tiada had yang dikenakan. Apa yang menarik tentang perkhidmatan ini ialah sms yang dibalas itu akan dipaparkan di internet bukan di telefon bimbit yang didaftar.

Jika berminat untuk mengetahui atau mencubanya sila pergi ke Maxis WebSMS.

Tags: , , , ,

29.9.07

Online Phone Data Storage

ZYB.comDewasa ini hampir semua orang mempunyai telefon bimbit malah murid sekolah rendah pun ada yang memilikinya. Satu masa dahulu telefon bimbit dilihat sebagai satu barangan mewah tetapi sekarang ianya menjadi satu keperluan. Telefon bimbit juga bukan sahaja digunakan untuk menerima dan membuat panggilan telefon tetapi berbagai maklumat disimpan di dalamnya.

Bayangkan jika telefon bimbit kita hilang atau maklumat yang tersimpan di dalamnya rosak. Sudah pasti kehidupan kita akan terjejas sedikit. Masalah ini dapat diatasi jika kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh ZYB. ZYB membolehkan kita menyimpan semua maklumat dalam telefon bimbit kita melalui internet.

Nama, alamat, nombor telefon, emel, gambar, sms, kalendar dan lain-lain boleh disimpan di ZYB. ZYB juga boleh membantu anda berhubung dengan orang yang anda kenal dan memastikan anda sentiasa mempunyai maklumat terkini untuk dihubungi. Asalkan mereka juga menggunakan ZYB dan membenarkan anda mendapatkan telefon bimbit mereka.

Maklumat di telefon bimbit dan di akaun ZYB anda boleh diselaraskan pada bila-bila masa dengan capaian internet di telefon bimbit anda. Semua maklumat di akaun ZYB ini dengan mudahnya boleh dimasukkan ke telefon lain yang anda benarkan. Ini bermakna jika telefon bimbit anda hilang, maklumat di dalam telefon bimbit tidak hilang.

Semua perkhidmatan asas ZYB boleh digunakan dengan percuma dan sila rujuk laman web ZYB untuk maklumat lanjut.

Tags: , , , ,

27.9.07

Free Mobile Internet Calls and Chat

Inginkah anda membuat panggilan telefon dan ber'chatting' secara percuma dari telefon bimbit anda? Walaupun begitu ini hanya sesuai untuk mereka yang melanggan 'unlimited data plan' untuk talian telefon bimbit anda. Bagi mereka yang menggunakan 'pay as you use' ianya akan melibatkan kos tambahan.

Perkhidmatan yang saya maksudkan adalah fring. fring merupakan satu aplikasi VoIP mudahalih yang membolehkan kita membuat panggilan telefon bimbit dan ber'chatting' dengan pengguna fring yang lain atau pengguna komputer yang mempunyai perkhidmatan Skpe, Google Talk, ICQ, MSN Messenger dan Twitter. Perkhidmatan ini adalah percuma apabila digunakan bersama unlimited data plan anda.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, kita perlu mendaftar dan memuat-turun perisian fring ke telefon bimbit. Kalau berminat ingin mencuba sila pergi ke laman web fring.

Tags: , , , ,

17.9.07

Emel Di Telefon Bimbit

Sekarang ini hampir semua orang telah mempunyai kemudahan emel sama seperti telefon bimbit. Selama ini apabila hendak menghantar atau memeriksa emel baru kita mesti menggunakan komputer. Jika kita ada telefon bimbit yang mempunyai kemudahan memeriksa emel pun, jarang digunakan kerana susah untuk menggunakannya.

Walaupun begitu jika telefon bimbit kita mempunyai kemudahan untuk melayari internet, kita boleh boleh menggunakan emel di telefon bimbit dengan lebih mudah. Tiga emel utama percuma iaitu Yahoo Mail, Gmail dan Hotmail ada menyediakan perkhidmatan untuk memeriksa emel melalui telefon bimbit. Apa yang diperlu dilakukan ialah dengan melayari lawan web yang dikhaskan untuk telefon bimbit seperti berikut;

Yahoo Mail - m.yahoo.com
Gmail - m.gmail.com
Hotmail - mobile.msn.com

Kemudahan ini dapat menyelesaikan masalah untuk menghantar dan menerima emel walaupun tidak berada di depan komputer.

Tags: , , , , ,

9.4.07

Free SMS

Penggunaan sms sekarang ini amat meluas dan ada pengguna telefon bimbit yang membelanjakan untuk sms lebih banyak daripada untuk panggilan suara. Jika anda ada kemudahan internet, perbelanjaaan untuk sms boleh dikurangkan.

Mobik.com menawarkan perkhidmatan penghantaran sms secara percuma ke telefon bimbit seluruh dunia tanpa had, tanpa kos dan tanpa bayaran. Kos sms ini sebenarnya dibiayai oleh iklan yang diselitkan bersama-sama sms yang dihantar. Di samping itu sebelum sms kita dihantar satu video iklan akan disiarkan untuk tontonan.

Di antara kemudahan yang disediakan ialah kemampuan menghantar sms serentak kepada sekumpulan kawan. Semua sms yang dihantar juga direkodkan dan kita boleh menyemaknya di masa akan datang.

Walaubagaimanapun sms percuma ini hanya boleh dihantar jika negara tersebut ada pengiklan yang aktif. Ketika artikel ini ditulis negara yang mempunyai pengiklan yang aktif ialah Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand dan Singapura. Senarai ini boleh disemak di sini, Liputan Mobik.

Jika ingin mencuba perkhidmatan ini sila kunjungi Mobik.

TERKINI : Laman web Mobik telah diganti dengan laman web perniagaan bed.Travel.

Tags: , , , , ,

26.3.07

Evoca


Evoca merupakan satu perkhidmatan untuk sesiapa sahaja dengan mudah membuat, mengurus dan mencari rakaman suara di internet. Ianya boleh dibuat dengan menggunakan telefon, mikrofon di komputer, Skype™ atau upload rakaman yang sedia ada.

Di antara kemudahan yang disediakan adalah EvocaMic™ dimana kita boleh membuat rakaman terus ke dalam akaun sendiri dengan menggunakan mikrofon di komputer. Boleh juga upload semua rakaman yang dibuat dalam format mp3 dan wav.

Rakaman suara ini juga boleh diletakkan di laman blog atau web supaya boleh didengar oleh para pengunjung. Kita juga boleh menyediakan kemudahan EvocaMic di laman blog atau web untuk pengunjung memberi sebarang komen dalam bentuk suara. Anda boleh cuba memberi komen tentang blog ini di EvocaMic yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut tentang kemudahan rakaman suara ini sila ke laman web Evoca.

Technorati Tags: , , , ,

20.3.07

Truphone

Panggilan telefon bimbit secara percuma? Memang benar dengan menggunakan khidmat Truphone ini ianya percuma. Truphone merupakan satu perisian yang membolehkan VoIP digunakan melalui telefon bimbit. Teknologi VoIP memberi alternatif kepada pengguna untuk membuat panggilan secara percuma atau pada kadar yang amat minima.

Panggilan telefon bimbit yang mengunakan Truphone akan disalurkan melalui rangkaian internet dan bukannya melalui pembekal perkhidmatan. Perlu diingatkan bahawa hanya beberapa telefon bimbit tertentu sahaja boleh mengunakan khidmat ini. Pada asasnya telefon bimbit berkenaan perlulah mempunyai fungsi WiFi.

Untuk maklumat lanjut kunjungi laman web Truphone.

Technorati Tags: , , ,